Selamat


-sElaMaT DaTaNg-

Sunday, February 7, 2010






sudah menjadi kelaziman progaram orintasi pasti dan mesti akan di lakukan di asrama darun nadwah dan merupakan aktiviti yang pertama mebuka tirai tahun baru 2010.Terima kasih diucapkan pada semua ahli jawatan kuasa yang telah menjayakan program ini. Terutamanya kepada abang naizam yang telah banyak berkorban ruang dan wang dalam melancarkan lagi proses pelaksanaan minggu orientasi, tidak dilupakan kepada ketua warden cikgu saparuddin hassanudin@KW, cikgu roslan rolen, warden aspura dan warden aspuri cikgu norizan barisan@PH kerana sudi berkorban masa dan tanaga dalam nawaitu ingin mendididk pelajar-pelajar asrama darun nadwah.sebenarnya tujuan program ini diadakan bukanlah semata-mata hanya ingin berseronok sahaja tetapi adalah satu pendekatan yang diambil oleh pihak asrama untuk mendidik, mendisiplinkan, dan mengajar pelajar asrama supaya pandai berdikari. corak pengisian yang diberi bermatlamatkan ingin mengetuk hati pelajar-pelajar asrama supaya sedar matlamt utama mereka di tempatkan di asrama.Apa sebenarnya harapan ibu bapa terhadap mereka . . . semoga di permudahkan segala cabaran yang mendatang, harapan terahir moga-moga pelajar asrama akan lebih matang dan dapat menyuburkan lagi nilai- nilai murni.

Monday, January 18, 2010

imbauan memori 2009










Thursday, December 31, 2009

Hanya tinggal beberapa jam,minit dan saat lagi dunia ini akan melangkah setahun lagi kehadapan. Nampaknya tahun 2009 akan menamatkan lembarannya tepat jam 12.00 tengah malam ini. Penulis percaya setiap individu pasti mengalami banyak peristiwa sama ada pahit dan manis sepanjang tahun ini. Bagaimana pula dengan cita-cita yang ingin di kecapi tahun ini, adakah tercapai ataupun tidak? Apapun jawapanya bagi yang tertunai hasratnya syukur di panjatkan kepada ilahi penguasa alam semesta iaitu ALLAH s.w.t bagi yang kurang bernasib baik ini bukannya penghalang untuk kita terus mengejar dan sekaligus mendapatkan apa yang kita hajati. Jangan rasa kecewa teruskan berusaha, pasti dan pasti saat yang di tunggu pasti akan tiba. Semua yang terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya , sesungguhnya ALLAH s.w.t maha pengasih lagi maha penyayang yang mengetahui setiap apa yang berlaku di bumi dan di langit ciptaanNya.

Menjelang menjelmanya tahun baru 2010, marilahlah kita sama-sama membangkitkan semangat dan azam yang baru sebagai perisai untuk menempuhi segala cabaran yang bakal di hadapi sepanjang tahun 2010 nanti,bukan saja kerjaya kita malah juga ketaqwaan dan keimana kita kepada ALLAH s.w.t. Tanpa kita sedari majoriti manusia bergembira pada malam ini menanti saat pertukaran tahun, tapi sebenarnya bumi semakin tua dan saat berlakunya kiamat semakin hampir. Jangan kita lupa dunia hanya sementara dan akhirat itu sebaik-baik kehidupan yang kekal abadi. Semoga tahun ini ALLAH mempermudahkan segala urusan kita.

Untuk terakhir kalinya penulis ingin memohon maaf terhadap segala kesilapan diri ini sepanjang berlalunya lembaran tahun 2009.

Sunday, December 27, 2009

salam . . . untuk pertama kalinya coretan menghiasi laman blog ini yang baru beberapa saat ia dilahirkan, laman ini telah di wujudkan pada 27.12.2009 . . . semoga dengan kewujudan laman ini mampu memberi seribu satu kebaikan kepada anda semua terutamanya kepada warga asrama smk sepagaya lahad datu.